2.6b

View this post on Instagram

Kenyataan Media Dato Seri Najib Razak Hari ini, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa saya tak sepatutnya keluarkan bukti dana 1MDB kerana kes saya masih di mahkamah. Jelas kelihatan Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu. Nampaknya Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara. Untuk makluman Kit Siang, saya didakwa berkaitan SRC dan bukan 1MDB di mana saya yakin akan dapat mempertahankan diri dalam kes ini. Justeru, saya berhak untuk mempertahankan diri dan beri penjelasan tentang tuduhan-tuduhan terhadap saya mengenai isu 1MDB. Baru-baru ini, saya mencabar Kit Siang untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan wang yang disebut RM2.6b itu tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab. Semalam saya telah memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya. Penjelasan saya mengenai RM2.6b ada dihantaran semalam di link ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155586360370952 Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengakui bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan dalam poket wang RM2.6b ini untuk membeli cincin dan beg tangan? Saya juga dapati pihak polis turut mengeluarkan kenyataan semalam bahawa RM2.9 bilion pernah masuk ke dalam akaun peribadi. Namun, saya dapati mereka tidak menyatakan bahawa saya sudah memulangkan wang RM2.6b itu dan tidak menyebut bahawa sekurang-kurangnya US$200 juta ialah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.

A post shared by SolidaritiNajibRazak (@solidaritinajibrazak) on

Advertisements

Nama.

Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya.

Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.

Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya.

Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”

Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah”.

Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia.

Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”

Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”

Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya;

“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”

Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”

Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ.

Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”

Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari.

“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukn nama Abu bin Hasyim di dalamnya.

Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi.

“Betul… namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.

Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat.

Dia menangis semahunya.

“Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.

Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam.

Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”

“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.

“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana.

Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah.

Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu.

Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa?

Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim seperti​ disambar petir di siang hari.

Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!
TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?
Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?_
Allah SWT:_
SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar._
ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang._
PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri._
Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?_
Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu._
_Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. —Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)—

Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu… maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah._
Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain… maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya._
_Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia_(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)

Saudaraku seiman, sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah.Semoga dapat menfaat.

Selawat.

*💎Perbanyakkan Selawat dimalam dan hari Jumaat Tanda *Rindukan* *NABI SAW.😊.*

*۞ Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad Wa’Ala Ali Sayyidina Muhammad ۞*

Bacalah *AL QURAN.*
Kerana pada hari Kiamat dia akan datang sebagai Syafaat kepada Pembacanya..”

-Nabi saw xkan tido selagi xbaca *Surah AL MULK..*

ISTIQAMAH..
*🔮SURAH AL MULK*>Setiap malam..
*۞* Penyelamat dari Azab Kubur..

*🔮SURAH Al KAHFI*>malam @ pagi Jumaat..
-10 ayat pertama dan 10 ayat akhir..
*۞* Selamat dari Fitnah Dajjal & perolehi Cahaya di padang Mashyar..